Friday, August 26

EPILOG RUMAH PUAKA 4MEKA 2


Assalamualaikum kepada semua ,
Marilah baca kami nak cerita ,
Pelbagai gelagat menyakitkan jiwa ,
Ke kelas 4 Mecha 2 pangajar nak gila .

Kelas kecoh tak tentu hala ,
Ada sahaja yang di buat bicara ,
Ragam pelajar pelbagai rupa ,
Kalau terkena jangan terasa .

Masuk sekali dah rasa pening ,
Jiran sebelah dah bagi warning ,
Yang lalu lalang menjeling jeling,
Al-maklumlah saja .. kelas BISING !!!

Bicara bermula dengan gurunya ,
Mengajar Bahasa Melayu sepenuh raga ,
Gelaran Cikgu Melody diberikan kepadanya ,
Sungguh comel perwatakan dirinya .

24 teruna menjadi pilihan ,
5 dara menjadi teman ,
Ingin mengaut berbagai kejayaan ,
Harapan diberi sekolah kesayangan .

Fahmi Izzuddin nama diberi ,
Bermata empat melewehh sekali  ,
tak pernah melaksanakan tanggungjawab diberi,
Itulah dia Monitor kami .

Azyan Adha nama glamournya ,
Itulah dia assistant ketua ,
Ainaizzati rakan semejanya ,
Peminat fanatik JB katanya .

Zamri Zin nama sebenarnya ,
sentiasa merepek tak kira masa ,
Azry Arif pendiam orangnya ,
KETUA KAMPONG gelaran diberi kepadanya

Geng Gagak Hitam gelaran diberi
Adien , Black , Iqbal , Zahirul dalam ahli ,
Sentiasa tak siap homework diberi ,
Hoi , bila lagi nak sedar diri ? ,

Taff dan Kanang nama popularnya ,
Selalu bertekak bersama Shima ,
Nazmi pula lain ceritanya ,
terkenal dengan ‘gebangnya’ di asrama .

Badrul Idham empunya diri ,
Berkulit putih datang dari EC ,
comel orangnya itulah Bakri ,
Jangan dekat ! Sudah ada buah hati .

Pelajar comel kelas ini ,
Itulah dia Syazwani Izzati ,
sentiasa bersongkok Alif Tarmizi ,
diam diam mulut simpan cili .

Faris Asyraf keding orangnya ,
Hisyamuddin duduk disebelahnya ,
Suka bersiul itulah hobinya ,
itulah dia Hiejasz si pemekak telinga

Dari Penang turun ke JB ,
Nama Superman melekat di hati ,
Mohd Akmal empunya diri .
Itulah dia bakal kapten TiJB .

Bila menulis pembaris dijari ,
tulisannya petak unik sekali ,
Tiba di sekolah awal pagi,
Syafiq norizan lah , siapa lagi !

Orangnya pendiam  tidak banyak cerita ,
Ada atau tiada sama sahaja,
Pengawas sekolah dialah juga,
Faezrafi itulah orangnya .
Rahman Abdullah nama diberi ,
sentiasa duduk di belakang sekali ,
Husnul Firdaus silent orangnya
Nak dengar suara ? Jangan harap lah yaa .

Hanif Sajuri kelakar orangnya ,
Bersongkok hitam berkaca mata ,
Bila disoal , jadi blur serta merta ,
Itulah dia Izzuddin namanya .
Orangnya tinggi dalam kelas ini ,
Mohd Idham nama dari bayi ,
Sukaa tidur dalam kelas chemist ,
Alamak terbukak rahsia !! Peace .

Kini tibalah cerita pembikin seloka ,
Ketawa besar ceria orangnya ,
Memegang duit kelas amanah kepadanya ,
Izzaty roslan itulah namanya.

Demikian sahaja mengumpat mengata ,
Untuk kenangan kita bersama ,
Ampun dan maaf kami pinta ,
Berjumpa lagi di 5 Mecha 2 . 

No comments:

Post a Comment